MOSCOW: Russia dan Ukraine melaksanakan pertukaran 300 tahanan perang semalam, dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bertindak sebagai pengantara. Kementerian Pertahanan Russia dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak 150 anggota tenteranya dipulangkan oleh Kyiv. Mereka kini menerima bantuan psikologi dan perubatan di Belarus, sebelum dihantar ke Russia untuk rawatan dan pemulihan lanjut. Sebagai pertukaran, Ukraine turut menerima kembali 150 warganya, termasuk anggota tentera dan dua orang awam. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dalam kenyataan di platform media sosial X, mengesahkan 189 rakyat Ukraine sudah kembali selepas pertukaran tahanan itu. “Kami terus berusaha untuk membebaskan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya