Rumah serendah RM70,000 di Machap

Rumah serendah RM70,000 di Machap

AB. RAUF Yusoh (tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Perumahan RMM di antara LPM dan TT Gratia Land Development Sdn. Bhd. di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 998 unit rumah mampu milik (RMM) akan dibangunkan di kawasan seluas 39.27 hektar di Machap, Alor Gajah yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, projek itu merupakan usaha sama antara Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dengan TT Gratia Land Development Sdn. Bhd. yang menawarkan harga rumah serendah RM70,000 sehingga RM180,000.

Beliau berkata, sebanyak 100 unit rumah kos rendah (RKS) bakal dibina dengan harga RM70,000 seunit, 100 unit rumah kos sederhana rendah (RKSR) berharga RM120,000 seunit dan 778 unit RMM jenis A dengan harga RM180,000 seunit.

“Sebanyak 20 unit rumah kedai akan turut dibina dengan menawarkan harga RM250,000 seunit. Melaka masih mengekalkan status negeri yang menawarkan harga pasaran rumah terendah di Malaysia termasuk RMM di bawah harga RM200,000.

“Saya menyeru kepada rakyat Melaka bagi memenuhi hasrat kerajaan negeri ‘Satu Keluarga Satu Rumah’ dan ini adalah peluang terbaik untuk memiliki RMM yang ditawarkan.

“Semua projek ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun selepas semua urusan selesai. Saya dapati projek yang dibina di Machap ini akan meningkatkan sosio ekonomi di kawasan ini,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Perumahan RMM di antara LPM dan TT Gratia Land Development Sdn. Bhd. di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, semalam.

Tambah Ab. Rauf, pembangunan projek akan dijalankan secara berperingkat sebanyak empat fasa, yang mana fasa satu dan fasa dua dibangunkan secara serentak sebelum disusuli fasa tiga dan fasa empat.

Menurutnya, pemaju hendaklah menyiapkan pembangunan fasa satu dan fasa dua dalam tempoh 24 bulan dari tarikh permulaan kerja-kerja pembangunan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya