Rumah pusaka 40 tahun musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Rumah pusaka 40 tahun musnah dalam kebakaran

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Rendah, Pedas, Rembau petang tadi.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Sebuah rumah berusia 40 tahun musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Kampung Rendah, Pedas di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Muhamad Khairul Yahaya berkata, pihaknya bersama balai bantuan BBP Kota segera ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan mengenai pada pukul 5.46 petang.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, didapati api sedang marak membakar sebuah rumah yang luasnya kira-kira 70×80 kaki persegi.

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya sekitar pukul 6.27 petang dan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian terbabit, punca serta jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, penghuni rumah berkenaan, Rozila Zainal Abidin, 48, berkata, ketika kejadian, dia bersama ibunya, Norbi Doya, 73, dan kakak sulungnya dalam perjalanan pulang ke rumah dan apabila menghampiri persimpangan lorong rumah, dia ternampak asap berkepul-kepul dari rumah.

“Memang kami terkejut, sekelip mata sahaja, api mulai marak dan memusnahkan rumah pusaka kayu dan batu ini. Mujurlah ketika kejadian ada dua anak kakak sulung saya berusia 22 dan 25 tahun sempat keluar dari rumah serta menyelamatkan kenderaan dari terbakar,” katanya lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya