Rumah bapa tunggal, empat anak tunggu masa ‘menyembah bumi’ akibat hakisan

Rumah bapa tunggal, empat anak tunggu masa ‘menyembah bumi’ akibat hakisan

MUHAMMAD Luqman Mohd. Noor menunjukkan kesan hakisan teruk menyebabkan rumahnya rosak di Pantai Bisikan Bayu Semerak, Pasir Puteh, Kelantan semalam. – UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang bapa tunggal bersama empat anaknya dari Pantai Bisikan Bayu di sini, berisiko hilang tempat berteduh kerana rumah mereka menunggu masa untuk runtuh akibat hakisan susulan ombak besar dalam kejadian air laut pasang besar, kelmarin.

Muhammad Luqman Mohd. Noor, 30, berkata, kejadian pada pukul 9.30 malam itu menyebabkan bahagian dapur rumahnya roboh.

“Keadaan ini acap kali berlaku terutama semasa air laut pasang besar terutama pada musim tengkujuh. Kami terpaksa bertahan di sini kerana tidak mempunyai rumah lain untuk berpindah.

“Kelmarin, rumah sepupu yang terletak di pesisir pantai ini sudah roboh. Sebelum itu, rumah seorang penjual air balang,” katanya ketika ditemui di Pantai Bisikan Bayu di sini semalam.

Luqman yang bekerja kampung memberitahu, jika keadaan berterusan berkemungkinan besar rumahnya akan runtuh sepenuhnya ditelan hakisan.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, hakisan itu turut menyebabkan pokok ru dan kelapa tumbang dan sebahagiannya hanyut ke tengah laut.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Norsham Sulaiman bersama rombongan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh meninjau fenomena hakisan di pantai berkenaan.

Menurutnya, keadaan yang berlaku turut diambil perhatian Jawatankuasa Bencana Daerah untuk diambil tindakan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya