PASIR SALAK: Seorang penternak ikan dan udang dalam kolam kerugian sehingga RM400,000 apabila kolamnya yang terletak di tepi Sungai Perak di Kampung Gajah di sini, pecah akibat fenomena air pasang besar baru-baru ini. Ahmad Fazil Zamanhuri, 39, yang menjadikan kolam ternakannya itu sebagai kolam memancing berkata, kesemua tiga kolam diusahakannya dimasuki limpahan air Sungai Perak setelah ban penahan dibina di kolam tersebut pecah. Menurutnya, satu kolam ternakan udang galah dan dua kolam pelbagai jenis ikan termasuk patin, toman, rohu, tengalan, tilapia dan baung kesemuanya dimasuki air Sungai Perak. “Kejadian ban…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya