KANGA: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Sempena ‘Tuanku Fauziah Travelling Fellowship Dinner’ di salah sebuah hotel di Kangar baru-baru ini.
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr. Ghazali Chik serta Presiden Persatuan Pakar Perubatan Dalaman Maju dan Akut serta Ultrasound, Datuk Seri Professor Dr. Paras Doshi.
Turut berangkat adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Hadir sama ialah Naib Presiden Royal College of Physicians and Surgeons Glasgow, Dr Eric Livingston dan Travelling Fellow for the Tuanku Fauziah Travelling Fellowship, Dr Harrison Stubs dari Scotland.
Tuanku Fauziah Travelling Fellowship merupakan satu inisiatif yang melibatkan kerjasama antara Royal College of Physicians Edinburgh dari Scotland dan College of Physicians Malaysia serta Persatuan Pakar Perubatan Dalaman Maju dan Akut Serta Ultrasound Malaysia.
Dalam ucapan aluannya, Paras Doshi memaklumkan bahawa Inisiatif ini juga telah mengharumkan nama negeri Perlis serta memberi peluang untuk perkongsian ilmu terkini serta amalan terbaru dalam bidang perubatan dalaman.
“Di mana rmampu menyumbang dalam meningkatkan lagi taraf rawatan pesakit di kalangan doktor berkepakaran Perubatan Dalaman khususnya di Perlis dan umumnya di Malaysia.-UTUSAN