PWP muncul juara futsal empat penjuru - Utusan Malaysia

PWP muncul juara futsal empat penjuru

PARA pemain PWP bergambar bersama selepas muncul juara kejohanan futsal empat penjuru di Arena Futsal, Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Persatuan Wartawan Perlis (PWP) mencipta sensasi muncul juara kejohanan futsal empat penjuru di Arena Futsal di sini, semalam.

Pasukan yang terdiri daripada pengamal media Perlis itu muncul juara tanpa sebarang kekalahan dengan mengumpul 14 mata melalui empat kemenangan dan dua seri.

Pada perlawanan pertama, PWP berjaya menewaskan pasukan Yayasan Islam Perlis (YIPs) 1-0 dan meneruskan kecemerlangan menumpaskan KPJ Perlis 1-0 sebelum seri 0-0 dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perlis.

Pada pusingan kedua, PWP sekali lagi menumpaskan YIPs dengan jaringan 1-0 dan meneruskan penguasaan menewaskan TNB Perlis juga dengan jaringan sama 1-0 manakala perlawanan dengan KPJ Perlis menyaksikan kedudukan seri 0-0.

Pemain PWP, Mohd Harith Rosli dan Mohamad Afandi Mohd Hashim cemerlang apabila menjaringkan gol kemenangan dalam beberapa perlawanan berkenaan.

Dalam pada itu, KPJ muncul naib juara dalam kejohanan berkenaan manakala tempat ketiga disandang TNB Perlis manakala YIPs berpuas hati di kedudukan keempat.

Kejohanan tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim selain menyemarakkan budaya sukan dan gaya hidup sihat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN