Proton e.MAS 7 kenderaan rasmi negara - PM - Utusan Malaysia

Proton e.MAS 7 kenderaan rasmi negara – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar bersama Proton e.MAS 7 EV pertama negara selepas melakukan gimik pelancaran di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini. Turut sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (tiga kiri). GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kenderaan elektrik (EV) nasional pertama, kereta Proton e.MAS 7 bakal menjadi kenderaan rasmi negara semasa Persidangan ASEAN pada 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memberi sokongan penuh terhadap penghasilan Proton e.MAS 7 yang merupakan EV pertama milik negara.

Kata beliau, ia merupakan tanggungjawab kerajaan dalam memberikan kerjasama dan bantuan kepada Proton serta tidak mencampuri urusan pengurusan syarikat pengeluar kenderaan tersebut.

“Saya di sini bukan sahaja meluncurkan e.MAS 7 tetapi memberi sokongan yang kuat. Untuk ASEAN (pada) tahun depan, (Proton) e.MAS 7 adalah kenderaan rasmi kita.

“Setinggi kesyukuran kerana kita catat sejarah gemilang bukan sahaja angkat martabat Proton dan Geely tapi imej keupayaan negara terutama rakyat Malaysia dalam menghasilkan kejayaan ini.

“Ia bukan sahaja kenderaan tetapi memenuhi satu daripada tunjang ekonomi Madani dari sudut EV dan keupayaan kita menjana perubahan (dengan) meninggalkan karbon industri lama kepada baharu,” katanya semasa melancarkan e.MAS 7 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini semalam.

Turut hadir sama adalah Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pelaburan, Perdagangan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyeru Proton untuk terus memainkan peranannya dalam industri automotif tempatan dengan mempergiatkan projek EV.

“Dasar Automotif Negara (NAP) 2020 perlu dijadikan rujukan oleh Proton dalam terus menghasilkan EV di dalam negara ini.

“Syarikat yang beroperasi di dalam industri automotif negara kita bukan sahaja menjual kenderaan tetapi menyediakan peluang pelaburan dan pekerjaan melalui ekosistem yang holistik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya