JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengarahkan Kementerian Agama mencari inisiatif untuk mengurangkan kos menunaikan ibadah haji menjelang tahun depan. Untuk tahun ini, kos menunaikan ibadah haji bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan sebanyak 56 juta rupiah (RM15,522). Timbalan Menteri Agama, Muhammad Syafii berkata, Prabowo meminta supaya usaha merasionalkan kos itu dibuat tanpa mengurangkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah haji. Beliau mengesahkan Kos Perjalanan Haji (BIPIH) 2025 akan lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, namun jumlah pengurangan itu masih perlu dibincangkan dengan Panitia Kerja (Panja) Komisi VIII Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia. “Sesuai dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya