Polis rekod 34 keterangan kematian siswa Palapes UiTM

Polis rekod 34 keterangan berhubung kematian siswa Palapes UiTM

Siswa Palapes
MOHD. Iqbal Ibrahim (kanan) menunjukkan rampasan kotak rokok pada Majlis Pelupusan Barang Kes Kontraban, Perjudian, Barang Am dan Bitcoin dekat IPD Shah Alam, Seksyen 8, di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis memanggil 34 individu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan terhadap kes kematian seorang mahasiswa yang juga pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 13 November lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kesemua individu yang dipanggil termasuklah jurulatih, pengadu, pegawai perubatan serta penuntut terlibat yang berada di tempat kejadian.

“Kita juga akan memanggil beberapa individu bagi melengkapkan kertas siasatan dan seterusnya akan dirujuk kepada koroner untuk dapatkan arahan lanjut. Kertas siasatan dibuka berdasarkan klasifikasi kematian mengejut (SDR).

“Kita juga tengok pelbagai aspek dari sudut forensik, perubatan, kita tidak tinggalkan sebarang petunjuk. Nanti kita akan maklum juga, kalau betul-betul ada tangkapan dan pertuduhan, kita akan maklumkan juga, buat masa ini siasatan masih di bawah SDR,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelupusan Barang Kes Kontraban, Perjudian, Barang Am dan Bitcoin, hari ini.

Tambahnya, siasatan turut dilakukan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turut menunggu laporan daripada polis berhubung kejadian yang dianggap kali pertama berlaku melibatkan pegawai kadet Palapes.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, punca kematian seorang mahasiswa berkenaan dikenal pasti akibat strok haba dan kegagalan fungsi pelbagai organ.

Mohd. Iqbal Ibrahim ketiak itu memberitahu, mahasiswa berkenaan meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan sejak dimasukkan ke hospital pada 10 November lalu.

Menurutnya, lelaki itu dirawat di Wad Kecemasan Zon Merah Hospital Shah Alam, semasa mendapatkan rawatan awal berada dalam keadaan separa sedar dan mengalami suhu badan yang tinggi.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal menyeru orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis, sebaliknya tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Asisten Superitendan Mohd. Khairi Kamaruddin di talian 012-2666025.

“Saya minta jangan ada pihak yang mensensasikan atau melakukan manipulasi terhadap kes itu. Kadang-kadang, ada yang beremosi, tetapi jangan sampai terlalu terbawa-bawa sehingga menyalahkan mana-mana pihak, beri ruang kepada polis untuk membuat siasatan,” tegasnya.

Terdahulu pada majlis tersebut, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam melupuskan barangan rampasan yang dianggarkan bernilai RM750,000 melibatkan 730 buah mesin bitcoin, 150,000 botol arak, 100,000 tin arak, 500,000 batang rokok, 3,790 banner dan 6,251 cakera padat (CD). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya