Polis Kelantan kuat kuasa larangan rentas sempadan hari ini

Polis Kelantan kuat kuasa larangan rentas sempadan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan akan tetap menguatkuasakan larangan rentas sempadan melalui pangkalan haram di Sungai Go­lok di Rantau Panjang bermula hari ini.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, ia berkuatkuasa secara automatik meskipun banjir sedang melanda kawasan itu ketika ini.

“Walaupun pangkalan ha­ram sudah tiada (ditenggelami banjir) namun larangan itu akan tetap dilaksanakan,” kata­nya kepada pemberita semasa sidang media di Balai Polis Repek, di sini semalam.

Mingguan Malaysia sebelum ini melaporkan, larangan akti­viti rentas sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini menggunakan pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Disember ini kekal dan terpakai semua penduduk termasuk pelajar.

Seramai 303 pelajar warga­negara Malaysia yang tinggal di Thailand merentas Sungai Golok menggunakan pangkalan haram untuk ke sekolah di Rantau Panjang setiap hari Ahad hingga Khamis.

Data itu diperoleh daripa­da Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan semasa sesi mesyuarat di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang bersama Majlis Kese­lamatan Negara (MKN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya