Polis cari kanak-kanak 12 tahun hilang sejak 6 Disember - Utusan Malaysia

Polis cari kanak-kanak 12 tahun hilang sejak 6 Disember

DHIYA Azzahra Muhamad Alhafifi dikatakan tidak pulang ke rumah sejak pagi kelmarin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat mencari seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dikatakan tidak pulang ke rumah sejak 9 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhd. Nor berkata, kehilangan Dhiya Azzahra Muhamad Alhafifi disahkan melalui laporan yang dibuat bapanya pada 7 Disember lalu, pukul 7.40 malam.

“Dia yang memakai seluar jeans labuh berwarna hitam, baju sejuk dan bertudung hitam serta berkasut sukan itu dikatakan kali terakhir dilihat di Blok 13, Jalan Dinar U3/F, Seksyen U3, Shah Alam, Selangor.

“Kanak-kanak itu berketinggian 150 sentimeter, berat 45 kilogram dan berkulit sawo matang,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai orang hilang (OH) tersebut boleh menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi Sarja Mohd. Hizam Talib di talian 012-6550262.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya