PM umum subsidi penerbangan siswa RM400 setahun

PM umum subsidi penerbangan siswa RM400 setahun

Subsidi penerbangan
ANWAR Ibrahim bermesra dengan mahasiswa selepas melancarkan subsidi tiket penerbangan mahasiswa, Flysiswa, dekat Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak RM400 subsidi penerbangan disediakan kepada lebih 50,000 mahasiswa yang institut pendidikan tinggi awam (IPTA) berasal dari Sabah, Sarawak dan Labuan bagi meringankan beban mereka untuk pulang kampung halaman masing-masing.

Bantuan menerusi inisiatif Flysiswa menggunakan peruntukan berjumlah RM48 juta yang diluluskan dalam Belanjawan 2025 pada minggu lalu itu turut boleh dimanfaatkan mahasiswa yang berasal dari semenanjung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan dimulakan sejak 2023 yang sudah dimanfaatkan lebih 75,500 mahasiswa dinaikkan sebanyak RM100 berbanding RM300.

“Semua mesti diturnkan, tetapi diberikan bantuan kerana kita prihatin. Ya, kita hargai sebab itu diumumkan RM300 dan untuk tahun depan insya-Allah saya umumkan naik RM400, jumlahnya RM48 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancarann Flysiswa hari ini.

Beliau dalam ucapan sama menegaskan, bantuan tersebut penting untuk negara sebagai kesatuan termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan yang perlu dipelihara tanpa mengira negeri asal rakyat.

“Saya tekankan perkara itu (kerana) tuntutan itu berlebihan, ada yang mengatakan Kerajaan Madani langsung tidak membantu orang Kelantan, wang ihsan di Terengganu diketepikan. Anak-anak Kelantan dan Terengganu wajib mencari faktanya. Peruntukan yang kami beri sebagai Kerajaan Madani jauh lebih tinggi dalam sejarah.

“Kalau ada orang miskin kita bantu, banjir, tebing di Tasik Kenyir runtuh pun kita bantu RM200 juta. Ada masalah tebatan banjir pun kita bantu, berapa kosnya RM100 juta, ya. RM600 juta, bantu, RM1 bilion pun kita bantu kerana menyelamatkan rakyat, saya tidak peduli dari negeri mana,” jelasnya.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ketika ditemui selepas majlis tersebut memaklumkan bantuan tersebut diberikan secara sekali kepada mahasiswa pada setiap tahun selain penetapan harga maksimum tiket penerbangan RM499 pada setiap musim perayaan.

“Itu sebabnya tahun ini kita boleh menambah peruntukan atau bantuan itu dari RM300 kepada RM400. Jadi, RM400 itu membantu mengurangkan beban mahasiswa kerana kalau mereka balik dan beli tiket lebih awal, mereka mungkin boleh dapat harga RM400 untuk pergi dan balik.

“Tambahan pula mereka juga akan diberikan bantuan RM600 (dari Kerajaan Sabah dan Sarawak). Jadi, kalau tambah bantuan tersebut, mahasiswa dari Sabah dan Sarawak yang belajar di semenanjung akan dapat bantuan RM1,000 setahun untuk membeli tiket kapal terbang,” jelasnya.

Katanya lagi, bagaimanapun bantuan kepada mahasiswa kolej swasta pula belum dapat diberikan berikutan memerlukan rangkuman data yang tepat bagi pemberian subsidi tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya