SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan sekali lagi berusaha untuk menggeledah pejabat Presiden dan mendapatkan bukti sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap percubaan singkat Yoon Suk-yeol menguatkuasakan undang-undang tentera. Suk-yeol didakwa pada 14 Disember lalu atas dekri undang-undang tenteranya dan digantung daripada tugas presiden. Pasukan penyiasat bersama, termasuk polis dan Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO), cuba mengakses pelayan komputer perkhidmatan keselamatan pejabat presiden untuk mendapatkan rekod telefon, termasuk yang digunakan oleh ketua polis, lapor Yonhap. Ini merupakan kali kedua pihak berkuasa cuba menyerbu pejabat presiden berhubung pengisytiharan undang-undang tentera…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya