PGA tahan tiga individu guna pangkalan haram

PGA tahan tiga individu guna pangkalan haram

TIGA individu yang ditahan PGA selepas merentas sempadan Malaysia-Thailand menggunakan laluan tidak sah di pangkalan haram Jambu, Rantau Panjang, Kelantan. – IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Tindakan tiga individu merentas sempadan Malaysia-Thailand menggunakan laluan tidak sah membawa padah apabila mereka ditahan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa melakukan aktiviti itu melalui pangkalan haram Pohon Jambu di sini kelmarin.

Kesemua individu itu ditahan pada pukul 4 petang semasa merentas sempadan dengan menyeberang Sungai Golok menggunakan sebuah bot dari Thailand melalui laluan tidak sah.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, semasa serbuan dilakukan, pemandu bot cuba melarikan diri namun dapat diberkas oleh anggota bertugas.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek mendapati tiada barangan yang menyalahi undang-undang ditemukan. Kesemua mereka yang ditahan itu terdiri daripada dua penumpang dan seorang pemandu bot.

“Suspek yang terlibat ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan telah diserahkan kepada IPD Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan rentas sempadan secara haram dari terus berleluasa di sempadan negara.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, empat individu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas cuba merentas sempadan Malaysia-Thailand melalui Sungai Golok dengan menggunakan pangkalan haram di Rantau Panjang, di sini baru-baru ini.

Mereka ditahan selepas polis menguatkuasakan larangan rentas sempadan bermula 1 Disember lalu yang mana peraturan tersebut turut terpakai kepada pelajar warganegara Malaysia yang tinggal Thailand tetapi bersekolah di Rantau Panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya