PGA tahan lelaki bawa anak pokok seludup RM4.5 juta

PGA tahan lelaki bawa anak pokok seludup RM4.5 juta

SUSPEK yang bertindak sebagai penghantar anak pokok seludup ditahan PGA di  Kampung Limau Purut, Jalan Panglima Bayu, Rantau Panjang, Kelantan kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu merampas 15,000 batang anak pokok pelbagai jenis selepas menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki di Kampung Limau Purut, Jalan Panglima Bayu disini kelmarin.

Tangkapan dan rampasan pukul 7 malam itu dilakukan menerusi rondaan rutin Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan yang dilakukan ke atas lori itu telah menjumpai lebih 15,000 anak pokok pelbagai jenis dipercayai diseludup dari Thailand.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek berusia 53 tahun gagal mengemukakan dokumen sah berkaitan anak pokok tersebut.

“Suspek itu dipercayai bertindak sebagai penghantar untuk menyeludup tumbuhan tersebut ke pasaran tempatan. 

“Anggaran nilai berjumlah RM4.5 juta dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, suspek dan barang rampasan dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya