PetroSaudi dihalang akses dana 1MDB - Utusan Malaysia

PetroSaudi dihalang akses dana 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd (PSI) dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Ahmad Shahrir Salleh memutuskan demikian selepas terdapat bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa wang yang terlibat berkaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Beliau berkata bahawa Subseksyen 53(2)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram mewajibkan mahkamah menghalang sebarang urusan dengan harta jika bukti memenuhi mana-mana kategori yang digariskan.

Perintah itu adalah bagi mengekalkan status quo pihak terbabit sehingga pelupusan permohonan kerajaan bagi mendapatkan perintah menghalang sebarang urusan membabitkan wang milik PSI dan anak syarikatnya PSOS-VZ, yang kini berada dalam akaun tersebut.

Kerajaan Malaysia mendakwa wang terbabit berasal daripada dana 1MDB dalam satu usaha sama dengan PSI bagi menubuhkan 1MDB PetroSaudi Ltd pada 2010.

Permohonan itu difailkan di bawah Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada Ogos tahun ini, media antarabangsa melaporkan Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland mensabitkan kesalahan Obaid atas penyelewengan AS$1.8 bilion (RM7.96 bilion) daripada 1MDB dan dia dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya