Perlis umum cuti peristiwa esok sempena Tahun Baharu - Utusan Malaysia

Perlis umum cuti peristiwa esok sempena Tahun Baharu

MOHD SHUKRI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Khabar gembira buat rakyat Perlis apabila kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa esok iaitu bersempena dengan sambutan Tahun Baharu 2025 yang juga jatuh pada tanggal 1 Rejab yang penuh berkah.

Cuti tersebut mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang merupakan satu bentuk penghargaan buat seluruh penjawat awam dan rakyat negeri ini yang menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baharu 2025 peringkat negeri Perlis malam ini.

Pengisytiharaan cuti tersebut juga adalah selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, pengumuman cuti tersebut bagi mengambil kesempatan bersempena ketibaan Tahun Baharu 2025 yang jatuh pada bulan mulia dalam kalendar umat Islam.

“Rejab merupakan bulan mulia dan antara empat bulan haram dalam Islam. Rejab juga bulan Israk Mikraj di mana Nabi Muhammad SAW mendapat arahan solat daripada Allah SWT. Saya juga ingin mengajak semua mendoakan kesihatan dan kerahmatan Raja Perlis sebab atas perkenannya, maka saya umumkan esok 1 Januari bersamaan 1 Rejab adalah cuti peristiwa bagi seluruh negeri Perlis,” katanya di sini hari ini.

Beliau turut menyeru orang ramai agar dapat memeriahkan karnival bersempena sambutan Tahun Baharu anjuran kerajaan negeri di Dewan 2020, malam ini.

“Marilah bersama-sama kita sambut tahun baharu ini dengan cara kita di Perlis dan mudah-mudahan segala program kita atur serta susun akan beri manfaat kepada semua,” katanya.

Sebagai rekod, Perlis merupakan antara negeri selain Johor, Kelantan, Kedah dan Terengganu yang tidak mengisytiharkan cuti umum pada tanggal 1 Januari bersempena Tahun Baharu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya