Perlindungan mufti dan jawatankuasa fatwa di Perlis - Utusan Malaysia

Perlindungan mufti dan jawatankuasa fatwa di Perlis

MOHD Shukri Ramli (tiga dari kiri) dalam sidang akhbar di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) iaitu RUU Enakmen Jenayah Dalam Syarak (Pindaan) 2024 dan RUU Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pindaan) (No.2) 2024.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, pindaan melibatkan RUU Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pindaan) (No.2) 2024 adalah dengan memasukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 53A melibatkan perlindungan mufti dan jawatankuasa fatwa.

Katanya, perlindungan tersebut hanya terpakai bagi fatwa yang diputuskan dan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah enakmen berkenaan dan bukan bagi masalah peribadi atau perkara di luar bidang tugas.

“Bagi RUU Enakmen Jenayah Dalam Syarak (Pindaan) 2024 pula, ia adalah membabitkan pindaan Seksyen 39 dengan meningkatkan jumlah denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara atau selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau keduanya.

“Selain itu, kerajaan negeri turut meluluskan pindaan Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang antara lain memperuntukkan pengambilan dan pendaftaran anak angkat serta perkara berkaitan dengannya.

“Pindaan ini penting bagi memastikan aspek seperti aurat dan penyusuan itu dijaga selaras dengan tuntutan Islam. Sebelum ini, proses anak angkat ini sering bergantung kepada undang-undang sivil, yang mengehadkan pengangkatan kepada anak berusia bawah dua tahun sahaja,” katanya dalam sidang akhbar selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Terdahulu, DUN Perlis turut meluluskan Belanjawan Perlis 2025 berjumlah RM303.28 juta selepas mendapat sokongan sebulat suara daripada ahli dewan.

Dalam pada itu, Mohd. Shukri berkata, pihaknya berpuas hati dengan pembentangan Belanjawan Perlis 2025 yang bertemakan ‘Perlisku Bestari Berkat Lestari’.

Beliau juga berharap agar seluruh rakyat negeri ini dapat memanfaatkan semua inisiatif-inisiatif yang disediakan itu dengan sebaiknya.

“Harapan saya supaya rakyat Perlis dapat berdikari dengan memanfaatkan semua peluang pekerjaan ditawarkan di negeri ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya