JELI: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap tiga ekor gajah liar yang merosakan kebun serta mengganggu penduduk di di kawasan Kampung Kuala Balah di sini semalam.
Kesemua gajah-gajah itu selepas Perhilitan bertindak atas aduan awam berkait gangguan hidupan liar tersebut kelmarin.
Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata, tangkapan ketiga-tiga ekor gajah itu mampu memberikan kelegaan penduduk di kawasan tersebut.
Katanya, selain itu ia dapat mengelakkan kerugian berterusan yang dialami penduduk ekoran kemusnahan tanaman dan harta benda akibat konflik Gajah berkenaan.
“Operasi pemindahan dan pelepasan gajah liar ke habitat yang lebih sesuai dan selamat akan dijalankan dalam masa terdekat dengan bantuan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.
“Selain itu, operasi tersebut akan turut dibantu kakitangan Perhilitan Kelantan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Mohamad Hafid memberitahu, tangkapan dan pemindahan gajah liar itu bukanlah penyelesaian jangka panjang memandangkan kawasan kebun berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Stong Utara.-UTUSAN