Penunggang motosikal maut, pemandu lori lari dari lokasi diburu - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut, pemandu lori lari dari lokasi diburu

SEORANG penunggang motosikal maut selepas kenderaannya merempuh besi penghadang jalan ketika cuba mengelak sebuah lori di Kilometer 29.3 Lebuhraya Linkedua, di Kulai, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang penunggang motosikal maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat terlibat dalam kemalangan di Kilometer 29.3 Lebuhraya Linkedua menuju Plaza Tol Senai Utara, di sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian tersebut pada pukul 4.30 petang, semalam.

Menurut beliau, mangsa menunggang motosikal jenis Honda RS150R, manakala lori yang terlibat gagal dikenalpasti kerana telah melarikan diri.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang lelaki tempatan berusia 30 tahun cuba mengelak lori yang berada di lorong kanan sebelum hilang kawalan dan melanggar besi pembahagi jalan di sebelah kanan.

“Akibat kejadian itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Seng Lee, pemandu lori dipercayai telah melarikan diri dan polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti suspek.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) untuk bedah siasat.

“Kami turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu untuk menghubungi talian 017-7573507 bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa penunggang motosikal maut selepas kepalanya terputus akibat kemalangan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya