Penunggang maut motor langgar belakang lori

Penunggang maut motor langgar belakang lori

Penunggang maut
KEADAAN motosikal yang terlibat dalam kemalangan maut di Persiaran Mokhtar Dahari berhampiran stesen minyak Petron, di Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori yang berhenti di bahu jalan ketika dalam perjalanan menghala ke Puncak Alam berhampiran stesen minyak Petron di Persiaran Mokhtar Dahari, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Ramsay Embol berkata, siasatan mendapat kejadian berlaku ketika lori berkenaan berhenti di lokasi kerana pemandu dan pekerja sedang memasang kain rentang pada tiang lampu di bahagian kiri jalan.

“Kemudian datang sebuah motosikal yang ditunggang oleh lelaki berusia 33 tahun dari arah sama melanggar bahagian kanan belakang lori tersebut. Kemalangan itu mengakibatkan penunggang mengalami cedera parah dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut supaya tampil menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya