Penternak resah lembu hidap penyakit kulit

Penternak resah lembu hidap penyakit kulit

SEORANG penternak menunjukkan lembunya yang mengalami penyakit kulit akibat banjir di Mukim Bendang Pak Yong, Tumpat, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kira-kira 20 penternak di Mukim Bendang Pak Yong di sini, resah memandangkan lebih 100 ekor lembu ternakan mereka sakit dan mengalami penyakit kulit disebabkan terlalu lama terendam di dalam air semasa banjir melanda, baru-baru ini.

Mereka berdepan risiko kerugian ribuan ringgit jika lembu-lembu terbabit tidak dirawat segera dan berisiko mati.

Seorang penternak, Azman Ibrahim, 42, berkata, dua ekor lembunya sakit dan kaki melecet selepas seminggu sebahagian badan terendam dalam air banjir.

Katanya, kulit lembunya mengelupas seperti disiat sehingga kelihatan isi daging di bawah perut dan kaki.

“Empat kaki lembu itu berdarah, kulitnya mengelupas dan tercabut sehingga nampak isi daging. Sedih melihat keadaan lembu bunting itu, ia seperti menahan sakit.,” katanya ditemui Utusan Malaysia di Kampung Kajang Sebidang di sini, semalam.

Azman berkata, walaupun lembunya sudah dialihkan ke tempat tinggi tetapi banjir kali ini mengakibatkan semua tempat tenggelam.

Katanya, dia menyapu ubat di kaki lembu itu sejak beberapa hari lalu sebelum menunggu Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan datang memeriksa.

Seorang lagi penternak, Mohd. Ali Sa’mah 62, berkata, walaupun lembunya dapat diselamatkan daripada mati lemas, namun 10 ekor mengalami masalah kesihatan selepas bah.

Katanya, lembu menjadi kurus, tidak aktif dan kurang selera makan.

“Situasi itu sangat merisaukan penternak, kami bimbang lembu itu mati jika tidak dirawat,” katanya.

Sementara itu Penghulu Mukim Bendang Pak Yong, Mohd Azmi Ibrahim berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterina (JPV) telah turun padang untuk memberi rawatan kepada lembu-lembu di Kampung Kajang Sebidang, Naga Ibu, Kubang Sawa dan Bendang Pak Yong.

Katanya,semua lembu itu telah disuntik dengan antibiotik, vitamin dan ubat tahan sakit secara percuma dan situasi itu sekali gus meringankan beban penduduk kampung yang terkesan banjir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya