Peniaga OKU hilang punca pendapatan barangan musnah ditenggelami banjir

Peniaga OKU hilang punca pendapatan barangan musnah ditenggelami banjir

ZAINAL Abidin Kamarudin (kanan) dan isterinya menunjukkan beg terpakai yang rosak ditenggelami banjir di Kampung Padang, Kemasik di Kemaman, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: “Saya reda walaupun ujian ini terlalu berat. Mungkin Allah nak berikan rezeki yang lebih baik meskipun satu-satunya punca rezeki kami sekeluarga musnah.”

Itu luahan seorang peniaga yang juga orang kurang upaya (OKU) selepas kerugian lebih RM6,000 apabila hampir 500 beg terpakai dan lebih 100 kilogram ikan masin yang ingin dijualnya musnah berikutan rumahnya di Kampung Padang, Kemasik, di sini dinaiki air banjir.

Zainal Abidin Kamarudin, 50, yang kudung kaki kiri berkata, dia dan isterinya, Yurneli Fahrudin, 52, tidak menyangka banjir kali kelima tahun ini yang melanda rumah mereka sejak Ahad lalu menyebabkan barangan jualannya tenggelam dan rosak.

“Sebaik sahaja kami tiba di rumah kelmarin, kami menghidu bau busuk. Kami lihat ikan masin yang siap diproses dan diletakkan dalam dulang sebelum banjir melanda empat lalu, berterabur di atas lantai.

“Hanya Allah yang tahu perasaan saya bila tengok barangan rosak. Sebenarnya, kami beranggapan bila banjir dah surut, ikan itu boleh dikeringkan untuk dijual untuk perbelanjaan harian, namun tiada rezeki kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Bapa kepada lima anak yang kudung kaki sejak empat tahun lalu itu berkata, dua unit guni beg terpakai yang baru dibelinya turut rosak dan terpaksa dibuang.

“Beg dalam guni tu baru sahaja saya beli untuk dijual di pasar malam. Sejak saya berkerusi roda, saya dan isteri bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan ikan masin dan beg.

“Saya buntu sebab dah kehabisan modal. Buat masa sekarang saya tak dapat nak fikir apa nasib kami, sudahlah rumah banjir dan banyak kelengkapan rumah rosak, barang niaga juga musnah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya