Penganjur tarian wanita mencolok mata di Tanah Merah bayar kompaun, mohon maaf

Penganjur tarian wanita mencolok mata di Tanah Merah bayar kompaun, mohon maaf

HILMI Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penganjur majlis makan malam tertutup di Tanah Merah yang membenarkan seorang wanita berpakaian tidak sopan sehingga mencolok mata di depan khalayak sudah membayar kompaun berjumlah RM10,000 kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, bayaran kompaun di bawah Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan 1998 dilunaskan kepada pihak MDTM hari ini.

Menurutnya, selain itu pihak penganjur telah mengutuskan surat permohonan maaf kepada Kerajaan Negeri dan PBT berkaitan kesalahan tersebut.

“Mereka (penganjur) turut menulis surat akujanji kepada PBT untuk merujuk terlebih dahulu sebarang acara sebelum menganjurkan sebarang aktiviti selepas ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hilmi memberitahu, selepas ini jumlah kompaun akan meningkat kepada RM50,000 berkuatkuasa 1 Januari 2025 susulan kerajaan meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (Kelantan) 2024 bagi kawalan dan pelesenan.

Katanya, beliau menasihatkan individu atau syarikat yang mahu menganjurkan program hiburan supaya mengemukakan permohonan awal bagi memudahkan proses semakan sekali gus menggelakan berlaku pelanggaran.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, penganjur majlis makan malam tertutup di Tanah Merah yang membenarkan seorang wanita berpakaian tidak sopan sehingga mencolok mata di depan khalayak boleh dikenakan tindakan.

Hilmi berkata, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan 1998.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya