DUNGUN: Kira-kira 15 keluarga di Kampung Darat Kubur, Paka, dekat sini, merayu pihak berkuasa menyelesaikan segera isu tanah mendap hingga menyebabkan laluan utama di kampung itu rosak teruk. Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, mendapan tanah itu menyebabkan sebahagian jalan runtuh dan lubang besar terbentuk serta tidak selamat untuk dilalui selain ada antara rumah retak. Seorang penduduk, Nurul Fatihah Zakaria, 29, berkata, mereka terpaksa bergadai nyawa selepas hanya sebahagian laluan boleh dilalui untuk keluar dari kampung tersebut. “Setiap kali lalu jalan tersebut rasa bimbang jika ia runtuh. Keadaan ini sangat bahaya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya