KLUANG: Cuaca cerah sejak dua minggu lalu membolehkan ramai kaki pancing melempiaskan ‘gian’ di Sungai Kahang, dekat sini yang terkenal sebagai lubuk udang galah. Jika sebelum ini mereka terpaksa melupakan seketika hobi memancing apabila air sungai naik sehingga melimpahi tebing pada November lalu, kini paras air sungai kembali surut dan mereka tidak melepaskan kesempatan yang ada. Pemancing, Firdaus Yusuf, 41, berkata, November dan Disember pada kebiasannya waktu ‘cuti’ bagi pemancing udang galah di Sungai Kahang, namun keadaan cuaca yang baik kira-kira dua minggu membolehkan aktiviti memancing dijalankan seperti biasa. “Semalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya