Pemuda maut tersepit bawah Honda City

Pemuda maut tersepit bawah Honda City

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang maut dan tersepit dalam kemalangan di  di Jalan Dewan Beta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan-IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pemuda maut selepas motosikal yang dia tunggang terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal lain dan kereta di Jalan Dewan Beta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dewan Beta di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar 12.20 tengah hari itu mangsa Muhammad Afiq Zakwan Mohd Arif, 21, disahkan mati di tempat kejadian akibat tersepit di bawah kereta Honda City.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong Pegawai Bomba Kanan II Azhar Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalagan itu pada pukul 12.23 tengah hari.

Katanya, seramai enam anggota telah dikerah ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamat mangsa.

“Sejurus tiba di lokasi kami mendapati kemalangan itu melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kereta. Seorang lelaki berusia 21 tahun yang menunggang motosikal telah meninggal dunia di lokasi.

“Seorang wanita berusia 58 tahun yang menunggang sebuah lagi motosikal cedera ringan manakala pemandu (wanita) kereta Honda City tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Azhar berkata, mangsa yang tersepit di bawah kereta berjaya dikeluarkan pada pukul 12.50 tengah hari.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,

“Penunggang motosikal yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan maut tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya