Pembayar zakat RM500 layak terima khairat kematian di Selangor

Pembayar zakat RM500 layak terima khairat kematian di Selangor

Khairat kematian
AHMAD Fadhil Hassan melancarkan Kempen Sama-Sama Kongsi dekat Ibu pejabat Lembaga Zakat Selangor, Seksyen 13, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pembayar zakat sebanyak RM500 di Selangor layak menerima sumbangan khairat kematian RM1,500 berkuat kuasa mulai Januari tahun depan.

Ketua Pegawai Operasi Lembaga Zakat Selangor (LZS), Ahmad Fadhil Hassan berkata, skim yang dilaksanakan sejak Oktober lalu itu melayakkan pengeluar zakat menerima sumbangan berkenaan jika berlaku sebarang kematian selepas tempoh tiga bulan.

“Inisiatif itu diperkenalkan LZS bagi meringankan beban waris atau keluarga selepas pembayar zakat meninggal dunia.

“Mana-mana individu yang sudah membayar zakat pada Oktober, November dan Disember tahun ini layak memohon sumbangan khairat pada Januari depan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Sama-Sama Kongsi, hari ini.

Jelas beliau, pihaknya turut memperkenalkan dua inisiatif baharu yang menawarkan manfaat kepada pengeluar zakat di negeri ini iaitu wakalah dan ‘Siddiq’.

“Mereka yang membayar zakat serendah RM20,00 berpeluang menjadi wakil LZS untuk mengagihkan sendiri kepada asnaf layak berdasarkan syarat dan garis panduan ditetapkan.

“Pemberian wakalah itu menggalakkan pembayar menunaikan kewajipan kerana mereka berasa turut berhak mengagihkan kepada asnaf layak,” ujarnya.

Tambah Ahmad Fadhil lagi, inisiatif Siddiq pula membolehkan pembayar zakat harta minimum sebanyak RM500 layak menerima sumbangan pendidikan.

“Ia akan melayakkan anak-anak pembayar zakat menerima sumbangan berjumlah RM100. Kelayakan itu maksimum bagi lima orang anak yang berusia tujuh hingga 17 tahun,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya