DAMSYIK: Protes tercetus di Syria susulan insiden pembakaran pokok Krismas, mendorong desakan supaya pihak berkuasa Islam yang baharu mengambil langkah melindungi golongan minoriti negara itu. Sebuah video yang disiarkan di media sosial menunjukkan pokok tersebut terbakar di dataran utama Suqaylabiyah, sebuah bandar di tengah Syria yang majoriti penduduk adalah Kristian. Rakaman media sosial menunjukkan lelaki bertopeng menyiram pokok Krismas terbabit dengan cecair tidak diketahui pada malam sebelum penganut Kristian di Syria bersiap sedia untuk menyambut perayaan itu. Susulan insiden tersebut, ramai penunjuk perasaan turun ke jalanan, termasuk di beberapa bahagian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya