Pembaharuan pas My50 ditangguh hingga 31 Januari 2025 - Utusan Malaysia

Pembaharuan pas My50 ditangguh hingga 31 Januari 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proses pembaharuan pas My50 akan ditangguh sementara waktu bermula 23 Disember ini hingga 31 Januari 2025 di semua kaunter khidmat pelanggan rel, Sistem Bas Rapid Transit (BRT) dan hab bas Rapid KL.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berkata, penangguhan sementara itu adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan sistem penjualan pas My50.

Menurutnya, penambahbaikan itu bagi meningkatkan keupayaan sistem untuk menampung jumlah pengguna pas My50 yang semakin bertambah.

“Walau bagaimanapun, pembelian pas My50 yang baharu masih boleh dilakukan seperti biasa di semua kaunter tersebut.

“Bagi pengguna yang masih mempunyai baki hari dalam pas My50 sedia ada, perlu menghabiskan baki hari tersebut terlebih dahulu sehingga pas tamat tempoh dan membuat pembelian pas baharu selepas itu,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Prasarana berkata, pihaknya sangat menghargai kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua pengguna sepanjang tempoh tersebut.

“Kami amat berterima kasih atas kesabaran dan kefahaman yang telah diberikan.

“Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di 03 -7885 2585 atau merujuk kepada laman media sosial Rapid KL untuk maklumat terkini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya