Pemandu Honda ‘cucuk’ ambulans positif benzo

Pemandu Honda ‘cucuk’ ambulans positif benzo

Cucuk ambulans
TANGKAP layar daripada potongan video tular memaparkan tindakan pemandu kereta Honda berwarna putih dan penunggang motosikal mengekori ambulans dekat KM15 Lebuhraya Persekutuan, di Shah Alam, Selangor, pada Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemandu sebuah kereta Honda berwarna putih yang mengekori ambulans dekat Kilometer (KM) 15 Lebuhraya Persekutuan di sini, pada Ahad lalu didapati positif dadah jenis benzo.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pemandu berusia 28 tahun itu kemudian dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, polis turut mengesan penunggang motosikal dipercayai turut mengekori ambulans berkenaan yang menghala ke Klang di lebuh raya itu.

“Penunggang motosikal dikesan dan ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 11 pagi semalam. Bagaimanapun, dia dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan lengkap dijalankan.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Utusan Malaysia semalam melaporkan seorang pemandu yang dikenal pasti bukan ahli keluarga atau kenalan ditahan polis pada pukul 11 malam semalam selepas mengekori sebuah ambulans.

Mohd. Iqbal memberitahu, kejadian tersebut tular dalam media sosial menerusi video diambil dari dalam ambulans berkenaan yang turut kelihatan sebuah motosikal yang ditunggang secara berbahaya dengan mengekori kenderaan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya