Pelancongan sukan mampu tingkat ekonomi negara

Pelancongan sukan mampu tingkat ekonomi negara

Pelancongan sukan
SRI Rahayu Tajuddin (dua, kiri) bergambar bersama Guru Besar, guru dan kakitangan SK Balun Bidai dan SK Sungai Galah di Pasir Salak, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Pelancongan sukan merupakan salah satu cabang dalam sektor pelancongan yang semakin mendapat sambutan masyarakat pada hari ini.

Selain dapat menjaga hubungan diplomatik dua hala antara negara, pelancongan sukan juga mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Pengarah Urusan Taj Tours Malaysia, Datin Sri Rahayu Tajuddin berkata, pelancongan sukan ini mampu menyumbang sehingga 30 peratus kepada ekonomi negara.

“Selain atlet yang datang dari seluruh dunia, acara sukan juga menarik pelancong yang ingin menyaksikan pertandingan tersebut. Kehadiran mereka memberikan impak besar kepada ekonomi, kerana mereka memerlukan tempat penginapan, makanan, pengangkutan serta perkhidmatan lain sekaligus meningkatkan permintaan terhadap sektor-sektor tersebut.

“Pelancongan sukan merangsang perniagaan tempatan besar mahupun kecil,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Sungai Galah, baru-baru ini.

Selain itu, Sri Rahayu yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak turut berkata, peranan sukan dalam pembangunan modal insan perlu juga diberi penekanan.

“Sukan membentuk karakter hebat, mengajar anak-anak muda menjadi lebih berdisiplin, berdaya saing serta mempunyai semangat kerja berpasukan. Semuanya ini nilai-nilai penting dalam kehidupan. Biarlah kita melentur buluh dari rebungnya.

“Jika kita lihat ramai pemimpin dunia mempunyai unsur sukakan bersukan, seperti berlari, berbasikal, berenang atau apa-apa sukan sekali pun. Jadi bersukanlah, secara formal atau tidak. Demi masa depan kita, keluarga dan masyarakat.” ujarnya.

Untuk rekod, Malaysia sebelum ini menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara sukan antarabangsa seperti Le Tour de Langkawi, MotoGP dan Piala Thomas, ia mampu mempromosi negara di peringkat antarabangsa serta menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi dunia.

Antara sukan lain yang turut Malaysia menjadi tuan rumah sebelum ini adalah dalam sukan pertandingan golf serta Regatta Kayak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya