PATI warga Thailand dicekup semasa naik bas

PATI warga Thailand dicekup semasa naik bas

PATI yang ditahan semasa menaiki bas ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Chabang Empat Salam, Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand dicekup anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa menaiki ketika kenderaan itu melalui sekatan jalan raya (SJR) Chabang Empat Salam dicekup sini kelmarin.

Tangkapan itu dilakukan dilakukan pada pukul 5.30 petang menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan ke atas suspek mendapati lelaki itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah semasa ditahan oleh PGA. 

“Siasatan mendapati, lelaki itu merupakan warga Thailand dan dipercayai diseludup masuk ke negara ini.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Nik Ros Azhan memberitahu, PATI itu ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya