Pasukan penyelidik Unimap jalankan ujikaji bangunkan bahan pateri mesra alam - Utusan Malaysia

Pasukan penyelidik Unimap jalankan ujikaji bangunkan bahan pateri mesra alam

PENYELIDIK Unimap diketuai Prof Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah (baju hitam) mencipta sejarah apabila menjalankan ujikaji termaju di Thailand Synchrotron National Lab bagi membangunkan bahan pateri mesra alam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pasukan penyelidik dari Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menjalankan ujikaji termaju di Thailand Synchrotron National Lab bagi membangunkan bahan pateri mesra alam yang memiliki ketahanan luar biasa.

Ujikaji tersebut merupakan langkah penting sebelum bahan inovatif tersebut dikomersialkan untuk memenuhi permintaan industri global yang semakin mengutamakan kelestarian.

Naib Canselor Unimap, Datuk Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, kos pengujian tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Synchrotron Light Research Institute di bawah National Science and Technology Development Agency (NSTDA) Thailand.

Menurut beliau, hasil ujikaji ini dijangka membawa impak besar dalam mempercepatkan pembangunan produk elektrik dan elektronik yang lebih hijau dan mesra alam seiring dengan trend global yang mementingkan teknologi lestari.

“Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan Unimap sebagai peneraju penyelidikan malah turut menyokong agenda kerajaan Malaysia melalui National Industrial Master Plan dan Strategi Semikonduktor Nasional (SSM),” katanya.

Tambah Zaliman, Ia mencerminkan usaha berterusan Unimap untuk menjadikan Malaysia sebagai hab inovasi dalam industri semikonduktor global.

“Menariknya, selain penyelidikan bahan pateri, kumpulan penyelidik Unimap juga menjalankan ujikaji bahan geopolimer di fasiliti yang sama. Kajian ini bertujuan memperkenalkan alternatif yang lebih mesra alam kepada simen konvensional dalam sektor pembinaan, sekali gus menyokong usaha mengurangkan impak karbon kepada alam sekitar,” katanya..

Projek-projek strategik ini turut selari dengan Pelan Bahan Termaju Negara 2021-2030, yang menekankan keperluan inovasi dalam bahan termaju untuk meningkatkan daya saing negara.

Dengan usaha ini, Unimap yakin dapat membawa perubahan besar kepada sektor bahan termaju serta memacu Malaysia ke hadapan dalam arena teknologi global.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya