Pas beri sokongan kuat kepada Bersatu di Kelantan

Pas beri sokongan kuat kepada Bersatu di Kelantan

KAMARUDIN Md. Nor-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sokongan Pas kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan di negeri ini kuat apabila kedua-dua parti saling melengkapi antara satu sama lain.

Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, situasi itu dizahirkan apabila petugas-petugas Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas memberikan kerjasama cukup erat sekali gus memudahkan beliau menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.

“Jadi di Kelantan, hubungan antara Pas dan Bersatu cukup erat dan tiada sebarang tanda ia mengalami apa-apa masalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Malaysia Year End Sale (MYES) di sini malam tadi.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri memberitahu keputusan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melepaskan jawatan Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN) lebih bersifat peribadi dan tindakan itu tidak mengeruhkan hubungan antara kedua-dua parti.

Katanya, keputusan itu mungkin diambil kerana Ahmad Samsuri merasakan beban tugasnya pada masa kini sudah terlalu banyak kerana selain menjadi menteri besar dan juga Ahli Parlimen Kemaman.

“Bagi saya beliau (Ahmad Samsuri) buat keputusan berjiwa besar dan penuh bertanggungjawab. Ia sekali gus membuka ruang kepada Pas untuk menonjolkan tokoh baharu bagi mengisi jawatan yang saya difahamkan memang ditetapkan untuk Pas dalam PN.

“Sehubungan itu Majlis Pimpinan Tertinggi PN perlu berunding dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya