PARLIMEN: RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang kali pertama di Dewan Rakyat

PARLIMEN: RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang kali pertama di Dewan Rakyat

TEO NIE CHING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan perbadanan bebas dikenali sebagai Majlis Media Malaysia, dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching. 

Bacaan kali kedua dan ketiga RUU itu dijadualkan pada persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.

Berdasarkan naskhah biru, RUU dengan enam bahagian itu turut mengadakan peruntukan mengenai keanggotaan Lembaga Majlis yang akan menjalankan fungsi dan menguruskan hal ehwal majlis berkenaan.

Keanggotaan Lembaga itu juga akan membabitkan dua ahli dalam kalangan industri media yang bakal dinamakan menteri bagi mewakili kerajaan, seperti dinyatakan dalam Fasal 8.

Melalui fasal sama, menteri juga perlu melantik anggota Lembaga yang akan bertindak sebagai Lembaga Pengasas, melalui pemberitahuan disiarkan dalam warta.

Selain itu, mengikut Fasal 9, jawatan pengerusi perlu dilantik bukan daripada ahli mana-mana badan perundangan, terbabit secara aktif atau berdaftar dengan mana-mana parti politik mahupun anggota perkhidmatan awam.

Bahagian IV pula memperuntukkan mengenai mekanisme ketidapuasan hati dan prosiding tatatertib dengan Fasal 15 adalah bagi mengadakan mekanisme kawal selia berhubung aduan.

Dalam pada itu, Fasal 17 pula antara lain memperuntukkan Majlis hanya boleh menerima dana asing tanpa syarat daripada individu atau pertubuhan luar negara, hanya bagi menggalakkan kesedaran dan pendidikan berhubung industri media dengan ia tertakluk kelulusan menteri.

Fasal 23 pula sebagai perlindungan terhadap Lembaga atau mana-mana jawatankuasa daripada apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding undang-undang berkenaan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran dilakukan mahupun ditinggalkan ketika menjalankan kewajipannya.

RUU berkenaan akan membabitkan perbelanjaan tambahan wang kerajaan yang jumlahnya belum ditentukan ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya