Panorama Melaka ditutup kerana tidak berdaya maju

Panorama Melaka ditutup kerana tidak berdaya maju

PERKHIDMATAN bas henti-henti yang dikendalikan oleh Panorama Melaka Sdn. Bhd.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penutupan anak syarikat Perbadanan Ketua Menteri (CMI), Panorama Melaka Sdn. Bhd. berpunca daripada prestasi entiti itu yang tidak berdaya maju berdasarkan resolusi Pelan Melaka Maju Jaya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, penutupan itu sepatutnya berkuat kuasa hari ini, namun ditangguhkan kerana beberapa prosedur melibatkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) termasuk pemindahan aset-aset yang dijangka selesai selewat-lewatnya 20 Januari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri akan memastikan nasib kesemua 59 kakitangan pengurusan hingga para pemandu bas mendapat perhatian sewajarnya.

“Syarikat berkenaan mempunyai seramai 40 kakitangan di bahagian operasi bas dan pemandu manakala 19 kakitangan lain di bahagian pengurusan, pentadbiran dan sokongan.

“Kesemua 19 kakitangan bahagian pengurusan, pentadbiran dan sokongan akan diserapkan ke anak-anak syarikat kerajaan negeri termasuk Perbadanan Melaka (MCorp), Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

“Selain itu, mereka juga akan turut ditempatkan di Melaka ICT Holdings Sdn. Bhd. (MICTH), Kumpulan Melaka Berhad (KMB) dan Melaka Bekal Sdn. Bhd. Kita kena tutup kerana kaedah pengurusan yang diwarisi hingga hari ini tidak dapat dipulihkan,” katanya ketika ditemui selepas ucapan penggulungan penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambab Ab. Rauf, seramai 40 kakitangan bahagian operasi bas dan pemandu kini sedang dalam proses temuduga dan dinilai oleh Handal Indah Sdn. Bhd. selaku pengendali baharu perkhidmatan bas henti-henti di Melaka.

Katanya, pihaknya memberi jaminan bahawa soal kebajikan kakitangan terus diberikan perhatian, selain memastikan tiada pihak yang tercicir atau diabaikan.

“Sepanjang proses penutupan ini, kakitangan Panorama Melaka Sdn. Bhd. tetap dibayar gaji,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya