Pak Mat pengusaha warung teh tarik madu, sup kepala ikan meninggal dunia

Pak Mat pengusaha warung teh tarik madu, sup kepala ikan meninggal dunia

NIK Mohd. Noor Mohamad meninggal dunia pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemilik Warung Pak Mat Pulau Pisang di sini yang terkenal dengan teh tarik madu dan sup kepala ikan Nik Mohd. Noor Mohamad, 60, meninggal dunia pagi tadi.

Allahyarham yang mesra dipanggil Pak Mat Teh Tarik Madu meninggal dunia semasa sedang berehat di rumahnya pada pukul 10.20 pagi.

Mohd. Khairi Mohamad berkata, semasa sedang berehat bapa mentuanya itu ada mengadu mengalami sesak nafas dan kemudian meninggal dunia.

“Jenazah bapa akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kedai Buluh di sini,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN