Pahang peruntuk RM20.3 juta laksanakan 1.M Pahang Kluster Pendidikan 2025 - Utusan Malaysia

Pahang peruntuk RM20.3 juta laksanakan 1.M Pahang Kluster Pendidikan 2025

WAN ROSDY Wan Ismail (kiri) menyampaikan insentif kecemerlangan kepada pelajar di Dewan Titiwangsa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub di Raub, Pahang. - FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas berjumlah RM20.3 juta bagi menerus dan memperkasakan program Inisiatif Makmur Pahang (I.M Pahang) yang membabitkan lima kebajikan kluster pelajar pada 2025.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia penjenamaan semula program Bantuan Prihatin Pahang (BPH) yang dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini.

Menurutnya, di bawah I.M Pahang, kerajaan negeri menyediakan RM9 juta bagi membekalkan peralatan sekolah bernilai RM100 kepada semua murid Tahun Satu dan pelajar miskin tegar dari Tahun 2 hingga Tingkatan 5.

“Kerajaan negeri dengan kerjasama MBS Books & Stationery meneruskan pemberian Kad Diskaun sehingga 30 peratus kepada semua pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi, guru dan pensyarah menerusi program Tunas Makmur.

“Manakala pelajar tahfiz akan menerima bantuan RM100 setiap seorang dengan peruntukan keseluruhan RM800,000 dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diberikan buku rujukan dan buku latihan dengan peruntukan RM2.5 juta,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Insentif Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM 2023 di Dewan Titiwangsa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub di sini.

Bagi menghargai kejayaan yang dicapai pelajar cemerlang itu, seramai 705 orang yang menjadi aset negeri diraikan dan masing-masing menerima insentif wang tunai berjumlah RM1,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN