Ops Murni: ATM redah banjir pindahkan 189 calon SPM di Rantau Panjang

Ops Murni: ATM redah banjir pindahkan 189 calon SPM di Rantau Panjang

ANGGOTA ATM bersiap sedia untuk melakukan penugasan membawa pelajar SPM yang terkandas di Rantau Panjang semasa melalui Kalbox 5 di Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seramai 185 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir dari beberapa buah sekolah di sini dipindahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan trak dan bot tempur dengan meredah air bagi membolehkan mereka menduduki ujian lisan bahasa Melayu dan Inggeris.

Kesemua pelajar itu dikumpulkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi sebelum dibawa ke pusat peperiksaan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Sebanyak tiga pusat pemeriksaan yang telah ditetapkan oleh JPN untuk pelajar terjejas iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim 1, SMK Sultan Ibrahim 2 dan SMK Pasir Mas.

Sejurus bertolak dari SK Gual Tinggi menggunakan trak tujuh tan, kesemua pelajar itu dibawa ke ke Kalbot 5 yang hanya boleh dilalui kenderaan berat selepas ditenggelami air sedalam 0.4.

Kemudiannya, pelajar terlibat dibawa menaiki bot tempur untuk meneruskan perjalanan ke Kampung Padang Licin disebabkan oleh arus deras susulan hujan sebelum itu.

Pelajar tersebut meneruskan perjalanan ke pusat peperiksaan dengan selamat dan Ops Murni tersebut dijangka akan tamat pada pukul 3 petang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya