Nur Sofea, Muhammad Uwais sudah boleh pulang ke rumah - Utusan Malaysia

Nur Sofea, Muhammad Uwais sudah boleh pulang ke rumah

Ngwe Hee Sem sewaktu melawat Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan di ICU Hospital Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua anak pasangan Khairul Ikhwan Mazupi, 32, dan Fadzlenna Ramli, 32, yang maut akibat nahas mambabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Simpang Ampat di sini, Isnin lalu dibenarkan keluar dari Hospital Melaka petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan, 4, dan Muhammad Uwais Al-QarniKhairul Ikhwan, 7, akan dihantar ke rumah datuknya di Bangi, Selangor dengan menaiki ambulan.

Menurutnya, Nur Sofea Humaira telah menjalani pembedahan di tulang paha kiri pada Rabu lepas dan keadaannya dilaporkan semakin pulih.

Beliau berkata, Muhammad Uwais Al-Qarni pula telah menjalani pembedahan memasukkan besi di paha kanan yang tulangnya hancur juga semakin menunjukkan perkembangan baik bagi membolehkan mereka dibenarkan keluar dari Hospital Melaka.

“Seorang lagi mangsa kemalangan iaitu pemandu lori Nissan, Mohamad Syafiq Mohd. Zuki berusia 27 tahun yang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka sudah sedar sejak semalam dan sudah boleh bercakap.

“Tetapi dia masih bergantung kepada mesin bantuan pernafasan atau ventilator kerana kesukaran untuk bernafas akibat kecederaan di paru-paru,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut Hee Sem berkata, pemandu itu akan menjalani pembedahan kali kedua di paha kanan yang cedera akibat kemalangan tersebut pada minggu pertama Januari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam 23 Disember lalu, tujuh maut manakala 33 lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, lori, treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dan sebuah Perodua Bezza.

Tujuh mangsa maut adalah pemandu Toyota Estima, Khairul Izwan Mazupi, 32, isterinya, Fadzlenna Ramli, 32, anak bongsu pasangan itu, Muhammad Umar, 2, serta kedua ibu bapanya, Fauziah Jaafar, 69, dan Ramli Ab Wahab, 66.

Turut maut pemandu bas tersebut Noorisnien Khamid, 56, dan pemandu pelancong warga Singapura, Lamrah Asid Ali, 66.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya