Nilai dilanda banjir kilat susulan hujan lebat - Utusan Malaysia

Nilai dilanda banjir kilat susulan hujan lebat

ANGGOTA bomba menyelamatkan seorang mangsa yang terperangkap banjir dari sebuah rumah di Jalan Besar Nilai, dekat Pekan Lama Nilai, Seremban petang tadi-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Beberapa kawasan di Nilai dekat sini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama lebih dua jam yang berlaku petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Bakarya Mohd. Salleh berkata, antara kawasan terjejas termasuklah di Taman Semarak dan Pekan Lama Nilai.

Sambil itu kata beliau, pihaknya turut menerima panggilan kecemasan antaranya melibatkan sekeluarga yang terperangkap banjir di sebuah rumah Jalan Besar Nilai, dekat Pekan Lama Nilai kira-kira pukul 5.55 petang tadi.

“Terdapat empat mangsa iaitu seorang lelaki dewasa dan wanita dewasa bersama seorang warga emas wanita dan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) yang diselamatkan dan dibawa ke tempat selamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, menurutnya, anggota bomba turut menyelamatkan lima sekeluarga apabila kereta dinaiki mereka ditenggelami banjir dalam kejadian  di Jalan Taman Semarak 2, Nilai.

“Terdapat lima mangsa terdiri daripada seorang lelaki, empat wanita berusia lingkungan 30-an dan 60-an telah diselamatkan selepas kami menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 5.19 petang. 

“Sebaik tiba di lokasi, kesemua lima mangsa terbabit telah diselamatkan oleh orang awam daripada kereta jenis Proton Saga yang terperangkap di dalam banjir. 

“Mangsa kemudiannya dipindahkan ke kenderaan unit EMRS sehingga air surut dan telahpun dibenarkan pulang ke rumah selepas keadaan banjir semakin pulih,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya