Nelayan terjun laut elak dicekup sorok 320 bubu naga

Nelayan terjun laut elak dicekup sorok 320 bubu naga

Bubu naga
ANTARA bubu naga yang dirampas dalam serbuan dekat Jeti Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, di Kuala Selangor, Selangor, semalam. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang nelayan warga asing nekad terjun ke dalam laut dan meninggalkan 320 bubu naga bagi mengelak dicekup pihak berkuasa di Jeti Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang di sini, semalam.

Lelaki itu bertindak demikian selepas lokasi bubu yang disorok di stor jeti berkenaan digempur Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Selangor, kira-kira pukul 10 pagi.

Pengarah Perikanan negeri, Noraisyah Abu Bakar berkata, serbuan itu dijalankan hasil maklumat nelayan mengenai penggunaan peralatan haram berkenaan bagi menangkap ikan di sekitar perairan Kuala Selangor.

“Ketika serbuan, seorang individu dipercayai warga asing bertindak melarikan diri dengan terjun ke laut selepas menyedari kehadiran anggota kami. Pemeriksaan kemudian membawa kepada penemuan 32 bakul mengandungi 320 bubu naga yang ditutup dengan kanvas hitam di dalam stor jeti tersebut,” katanya hari ini.

Tambah Noraisyah, kesemua bubu itu didapati masih basah dipercayai dicuci bagi menangkap ikan di perairan berkenaan.

“Bubu naga dianggarkan bernilai kira-kira RM16,000 itu dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Kuala Selangor bagi tindakan lanjut. Tindakan itu dijalankan mengikut Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) (Pindaan) 2024,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya