SERDANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan terhadap cadangan untuk menukar nama Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada Universiti Pertanian Malaysia. Baginda bertitah, cadangan yang dibuat oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu itu tidak dirujuk kepada baginda selaku Canselor UPM dan juga Lembaga Pentadbir universiti berkenaan. “Beta menegaskan bahawa nama Universiti Putra Malaysia ini hendaklah dikekalkan kerana beta telah melancarkan jenama Putra yang membawa maksud ‘Pertanian Untuk Rakyat’,” titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Konvokesyen UPM ke-48, semalam. Titah Sultan Sharafuddin, meskipun UPM terkenal dengan kursus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya