MPV bawa 10 PATI terbabas, tekong darat larikan diri

MPV bawa 10 PATI terbabas, tekong darat larikan diri

KESEMUA PATI yang ditahan selepas MPV yang dinaiki mereka terbabas di Kampung Bechah Temalang, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan-IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang membawa 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak terbabas di Kampung Bechah Temalang, Wakaf Bharu di sini malam tadi selepas dikejar polis semasa cuba melarikan diri daripada ditahan.

Dalam kejadian pukul 7.40 malam malam itu, lelaki warga tempatan yang bertindak sebagai tekong darat melarikan diri sejurus MPV itu terbabas.

Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, hasil pemeriksaan ke atas MPV itu telah menjumpai seramai 10 warganegara Myanmar yang terdiri dari tujuh lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak.

Katanya, terdahulu semasa melakukan rondaan anggota bertugas telah mengesan sebuah MPV yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Terbak di sini.

“Anggota bertugas telah mengarahkan MPV itu untuk berhenti namun pemandunya enggan berbuat demikian dan terus bertindak memecut laju ke arah Jalan Wakaf Bharu sehingga membahayakan pengguna lain.

“MPV itu terus diekori dan anggota bertugas kemudian telah menghubungi bilik Gerakan Tumpat untuk meminta bantuan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Khairi memberitahu, setiba di Jalan Bechah Temalang suspek telah bertindak melanggar beberapa buah kenderaan awam sebelum terbabas.

Katanya, suspek telah melarikan diri dan usaha menjejakinya tidak berjaya kerana keadaan cuaca gelap.

“Semakan lanjut mendapati MPV itu menggunakan nombor pendaftaran palsu. Kesemua tangkapan dan MPV yang digunakan untuk membawa PATI itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tumpat.

“Kami telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 55E Akta Imigresen dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya