PORT-AU-PRINCE: Misi Keselamatan Sokongan Multinasional ke Haiti (MSS) yang diterajui pasukan keselamatan Kenya menafikan laporan mengenai pegawainya tidak menerima gaji selama beberapa bulan. Dalam satu kenyataan semalam, MSS berkata, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tentang pegawai misi tersebut tidak dibayar gaji selama tiga bulan. “Semua pegawai MSS menerima gaji mereka, termasuk elaun bulanan dan tiada pegawai MSS yang meletakkan jawatan seperti yang didakwa,” menurut kenyataan itu. Tambah MSS, pegawainya kekal bermotivasi tinggi dan komited untuk membantu Polis Kebangsaan Haiti (HNP) dalam melaksanakan operasi bagi membanteras rangkaian jenayah dan memulihkan kestabilan. Dakwaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya