Mickey terima Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah

Mickey terima Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah

SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran AIS kepada Faisal Halim pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Ke-79 dekat Balairong Seri Istana Alam Shah di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim menerima Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Ke-79, di Istana Alam Shah, hari ini.

Beliau yang dikenali sebagai Mickey berkata tidak menyangka usahanya mengangkat martabat bola sepak negara mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga dikurniakan darjah kebesaran tersebut.

Justeru Faisal menzahirkan penghargaan kepada baginda dan menganggap kurniaan itu sebagai pengiktirafan terbesar diterima sepanjang menjadi pemain bola sepak profesional.

“Saya berjanji untuk bangkit mencari prestasi yang pernah dikecapi sebelum ini sehingga pernah digeruni pasukan bola sepak Asia yang lain. Malah, waktu terima pingat tadi, Tuanku berpesan supaya terus kerja keras, jangan putus asa dan teruskan bermain.

“Saya gugup tadi waktu terima pingat dan pesanan Tuanku. Saya jawab pada Tuanku, Insya Allah saya cuba buat sehabis baik,” katanya ditemui pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Ke-79, hari ini.

Faisal yang juga pemain kebangsaan menambah hanya mengetahui akan menerima darjah kebesaran AIS kira-kira dua bulan lalu dan tidak berkesempatan hadir raptai kerana sibuk menjalani latihan bersama Selangor FC.

“Hari ini kira kali pertama saya datang dan ambil darjah kebesaran. Alhamdulillah, semuanya berjalan baik tanpa sebarang masalah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN