Melaka memperkukuhkan sektor pelancongan halal

Melaka memperkukuhkan sektor pelancongan halal

Ab. Rauf Yusoh menandatangani plug sebagai simbolik merasmikan Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF2024) di MITC, Ayer Keroh, Melaka. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka bakal mengetengahkan Pelancongan Halal kerana sektor tersebut semakin menjadi perhatian di peringkat antarabangsa dan mampu memperkukuhkan kedudukan Melaka dalam peta pelancongan dunia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, sebagai negeri pelancongan sewajarnya tumpuan untuk mempromosikan pelancongan halal dipertingkatkan dengan pakej-pakej unik mampu memikat pelancong muslim dari seluruh dunia datang ke Melaka.

“Seperti yang semua tahu, kapal persiaran Genting Dreams sudah pun memulakan produk halal di kapal persiaran mewah itu menyebabkan ia menjadi antara pilihan pelancong Muslim menikmati pelayaran hebat itu yang turut singgah ke Melaka setiap minggu.

“Justeru, kerajaan Melaka juga menyambut usaha yang sama dengan mengangkat produk pelancongan halal ini,” katanya selepas merasmikan Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF’24) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

MIHF’24 yang dianjurkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi MAIM Holdings itu bukan sahaja berjaya memperkenalkan Melaka sebagai antara hab halal dunia malah berjaya menarik minat beberapa negara seperti Bangladesh, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Singapura, Taiwan, Nigeria dan Vietnam yang bersama-sama memberi sokongan terhadap industri halal di Melaka.

“Lebih 250 pemain industri halal dihimpunkan daripada pelbagai bidang termasuk penyertaan lebih 10 negara yang turut terbabit antaranya UAE, Indonesia, Iran dan Singapura.

“Bukan itu sahaja, terdapat juga yang dinamakan sebagai `Kampung Dalam Kota’ yang menawarkan pelbagai jualan membabitkan lebih 70 peniaga di samping lebih 30 syarikat di bawah industri pelancongan halal yang turut serta dalam festival ini,” katanya.

Sementara itu katanya, Melaka merekodkan lebih 300 syarikat dan produk halal diiktiraf 

oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) jika dibandingkan pada awal dekad lalu di mana hanya memiliki beberapa puluh perniagaan halal sahaja dan membuktikan komitmen negeri dalam memastikan Melaka dijadikan sebagai hab industri halal yang menerajui semua produk halal di dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya