Mayat reput di Banting dipercayai remaja hilang

Mayat reput di Banting dipercayai remaja hilang

Ditipu pelaburan
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis percaya penemuan mayat reput di Banting, Selangor semalam mempunyai kaitan dengan kehilangan seorang remaja berusia 15 tahun di Kajang pada 19 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, susulan penemuan mangsa, polis sudah menahan tiga orang buat masa ini bagi membantu siasatan.

“Keadaan mayat ditemui dalam keadaan reput. Buat masa ini, pihak polis masih menunggu keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identiti mangsa.

“Bagaimanapun kita percaya ia (penemuan mayat) ada kaitan tetapi perlu tunggu DNA dijangka diperoleh sehari dua ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, penemuan mayat mangsa yang dibuang di dalam sungai susulan penahanan teman lelakinya dan dua lagi individu.

Mayat tersebut dibawa ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat.

Pada 21 Disember lalu, media melaporkan polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas menghadiri sesi latihan tarian singa di kawasan gelanggang bola keranjang Batu 11, Cheras pada 10.30 malam, 19 Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Yap Xin Yuan daripada keluarganya pada 2.15 pagi semalam.

“Remaja itu (Xin Yuan) sebelum itu dilaporkan telah pergi berlatih tarian singa. Selepas selesai latihan, dia dikatakan tidak terus balik ke rumah, sebaliknya mengikut rakannya ke satu destinasi yang belum dapat dipastikan,” katanya.

Beliau turut dilapor berkata, Xin Yuan mempunyai ketinggian kira-kira 155 sentimeter, berat badan 39 kilogram, berbadan kurus dan menggunakan pendakap gigi selain berambut panjang serta memakai baju tarian singa warna merah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN